Pencetak jet dakwat merujuk kepada jenis pencetak komputer bukan hentaman yang menggunakan dakwat cair yang disemburkan kepada kertas. Ia merupakan pencetak komputer paling biasa bagi kegunaan umum disebabkan kos rendah, output berkualiti tinggi, keupayaan mencetak dalam warna yang terang dan mudah digunakan.
Sebagaimana kebanyakan teknologi moden, pencetak jet dakwat masakini dibina berasaskan kemajuan oleh versi terdahulu. Antara penyumbang termasuk Epson, Hewlett-Packard dan Canon boleh mendakwa turut menyumbang sebahagian besar kepada pembangunan pencetak jet dakwat moden. Dipasaran pengguna di seluruh dunia, keempat pengilang bertanggung jawab bagi sebahagian besar pencetak jet dakwat: Canon, Hewlett-Packard, Epson, dan Lexmark
Kemunculan pasaran memasukkan bahan jet dakwat (Ink jet material deposition) turut menggunakan teknologi jet dakwat, biasanya jet dakwat piezoeletrik, bagi melekatkan bahan secara langsung kepada substrate.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan